Berapa 'moderate' nya Malaysia dan Indonesia sebagai negara Islam?
Tuesday, November 03, 2009
View Comments
Musim untuk bersederhana atau 'moderate' sudah tiba lagi apabila pemimpin-pemimpin negara Barat yang membangun, di dalam usaha mencari negara dan pemimpin Islam yang 'moderate' untuk dibawa berbincang mengenai peranan strategik, ekonomi dan sekutu politik.
Secara ringkasnya, pemimpin dan kerajaan dari dunia Islam menyambut baik terhadap jemputan ini, terutamanya yang datang dari White House. Terdapat beberapa pemimpin dan kerajaan Islam bersiap sedia untuk mengubah dasar mereka dalam memenuhi tuntutan pemimpin yang menerajui White House kini.
Dalam pada itu, ianya adalah sesuatu pengiktirafan jika dilabel sebagai sebuah negara Islam yang 'moderate'. Ini menjadi impian kepada pemimpin-pemimpin Islam yang berpaksikan fakta bahawa pengikitrafan ini hadir bersama sokongan terhadap polisi domestik, pembangunan ekonomi serta bantuan politik dan ketenteraan buat mereka.
Ketika tahun pemerintahan Bush yang gelap, negara-negara seperti Thailand dan Australia diiktiraf sebagai sekutu setia Washington di Asia. Thailand diberi penghormatan sebagai rakan strategik nombor satu Amerika bukan daripada NATO; manakala Australia (dibawah pimpinan Howard) pula diiktiraf sebagai Sheriff Amerika di Asia – sebuah penghormatan kepada kedua buah negara yang terkenal dengan dasar anti-Muslim dan anti-Islam mereka.
Kini, kunci White House telah beralih tangan dan Presiden baru Amerika itu dijangka melawat Indonesia dalam waktu yang terdekat, membuktikan bahawa negara-negara membangun kini dalam usaha mencari pemimpin Islam yang 'moderate' untuk mereka rujuk dan pengaruhi. Malaysia dan Indonesia adalah calon terbaik dalam memenuhi slot 'negara Islam paling moderate' di Asia. (Maka kerajaan Burma, Thailand, Kemboja, Singapura sudah pastinya mencerca nasib mereka dek kerana kurangnya masyarakat Islam di negara mereka untuk memenuhi carta tersebut..)
Kini, kunci White House telah beralih tangan dan Presiden baru Amerika itu dijangka melawat Indonesia dalam waktu yang terdekat, membuktikan bahawa negara-negara membangun kini dalam usaha mencari pemimpin Islam yang 'moderate' untuk mereka rujuk dan pengaruhi. Malaysia dan Indonesia adalah calon terbaik dalam memenuhi slot 'negara Islam paling moderate' di Asia. (Maka kerajaan Burma, Thailand, Kemboja, Singapura sudah pastinya mencerca nasib mereka dek kerana kurangnya masyarakat Islam di negara mereka untuk memenuhi carta tersebut..)
Namun sebelum kita bersorak riang dengan penghormatan tersebut – Malaysia dan Indonesia- tanyakan persoalan ini kepada diri sendiri, “Layakkah kedua-dua negara ini dilabel sebagai negara Islam yang 'Moderate'?”
Indonesia yang merana dek publisiti yang buruk mengenai kejadian pengeboman Bali dan bagaimana kedudukan negara itu di mata media antarabangsa sejak peristiwa 2002 tersebut. Namun sedih dan tidak adil bagi Indonesia yang mempunyai rekod lapuk mengenai keganasan, tidak pula diikitraf usahanya dalam menjunjung demokrasi dan proses pendemokrasian.
Sebagai permulaan, mari kita berbicara mengenai sejarah panjang mengenai keganasan politik di Indonesia, seseorang itu perlu meletakkan diri dalam perbincangan mengikut konteks sejarah yang benar dan mengenalpasti segala agen dan dalang yang terlibat dalam sandiwara politik ini.
Kenyataannya, memang Indonesia mempunyai sejarah yang panjang mengenai keganasan politik, marilah kita mengimbas kembali bahawa keganasan itu tidak pula dibendung malah mendapat pengiktirafan daripada masyarakat dunia yang sama sahaja bersalah dalam menentukan pertumbuhan samseng politik di Indonesia selama beberapa dekad yang lepas.
Ketika era keganasan dan tragedi berdarah penentangan komunis pada 1965 misalnya, direkodkan bahawa beribu-ribu suspek komunis dan ahli PKI serta penyokong mereka dihapuskan oleh pihak sayap kanan pemerintahan yang berpaksikan agama; Nahdatul Ulama dengan sepenuh sokongan (walaupun tanpa campurtangan) pihak Barat.
Ketika proses penjajahan terhadap Timur Timor pada tahun 1974-75, negara-negara Barat ini membutakan mata mereka terhadap keganasan yang berlaku di bumi Timur Timor yang mungkin menjadi negara Cuba di ASEAN - memberikan ancaman terhadap Australia dan negara-negara ASEAN.
Walaupun sudah tiga dekad berlalu terhadap keganasan dan pimpinan diktator di bawah tampuk Suharto dan Panglima Perangnya, Indonesia kini telah membangun dan menjadi antara negara yang mengamalkan demokrasi sejati di ASEAN; kebebasan bersuara yang lebih merdeka daripada jiran-jirannya.
Kita juga seharusnya ingat bahawa, pemimpin-pemimpin reformasi yang menggulingkan kerajaan Suharto dan bala tenteranya adalah terdiri daripada bekas aktivis pelajar yang antara mereka adalah aktivis dan pemikir-pemikir Islamis, berbeza mengenai imej Islam yang sekian lama dikaitkan dengan palitan darah di tangan dengan pemerintahan yang bercorak totalitarian.
Kini, Univerisiti Islam di Indonesia adalah benteng utama pendidikan Islam moden dan antara yang pertama dalam menghasilkan pemikir Muslim yang rasional, berobjektif serta memahami isu agama itu secara lebih kritikal. Namun, tiada satu pun laporan mengenainya oleh media antarabangsa yang terus-terusan mencanangkan bahawa Indonesia adalah sarang pengganas Islam yang radikal.
Kini, Univerisiti Islam di Indonesia adalah benteng utama pendidikan Islam moden dan antara yang pertama dalam menghasilkan pemikir Muslim yang rasional, berobjektif serta memahami isu agama itu secara lebih kritikal. Namun, tiada satu pun laporan mengenainya oleh media antarabangsa yang terus-terusan mencanangkan bahawa Indonesia adalah sarang pengganas Islam yang radikal.
Relatifnya, Malaysia memperlihatkan bingkai rujukan yang berbeza mengenai Islam. Malaysia dilihat sebagai sebuah negara Islam yang 'Moderate' dan model ikutan kepada banyak negara.
Namun jika dijalankan tinjauan umum ringkas mengenai imej Malaysia yang berbeza tentang amalan normatif Islam di Malaysia pada hari ini; inilah negaranya yang rajin mengharamkan itu dan ini dan memperlihatkan kontradiksi memalukan mengenai pengharaman karya Karen Armstrong yang penulis itu sendiri dijemput untuk ke pelbagai persidangan Islam di merata negara. Inilah negaranya, di mana polis moral mempraktikan undang-undang di tangan mereka sendiri; di mana NGO Feminis Muslim seperti Sisters in Islam seringkali dihukum dan dilabel sebagai jahat. Ruang untuk membicarakan pemikiran, ekspresi dan kehidupan sosial Islam semakin mengecil sejak tahun 1970.
Meski terdapat pelbagai kontradiksi, Malaysia dilihat lebih positif berbanding Indonesia. Yang jelasnya, siapa sahaja yang memahami permainan normatif Islam kedua-dua negara ini pasti mempunyai tanggapan bahawa ruang normatif bagi masyarakat Islam di Indonesia adalah jauh lebih luas. Dan dalam pemahamam secara meluas serta batas-batas normatif budaya kehidupan Islam dan amalan di kedua-dua buah negara, jelas kelihatannya bahawa ruangan kehidupan masyarakat Islam di Indonesia masih lebih luas berbanding Malaysia. Jadi, persoalannya, mengapa Indonesia masih lagi dilabel dengan sebegitu negatif apabila mereka berpaksikan amalan normatif Islam?
Kita dapat simpulkan bahawa imej negatif Indonesia yang digambarkan ini adalah sebahagian daripada memori selektif media Barat yang tidak mampu mentafsir fakta sejarah pengeboman Bali dan realitinya terhadap konteks Indonesia hari ini. Dengan memberi persepsi bahawa Bali sebagai sebuah “tragedi bagi Barat” dan meletakkannya sebagai satu serangan terhadap Australia dan dunia Barat amnya, media antarabangsa dan negara-negara membangun bukan sahaja menafikan hak Indonesia untuk berduka dan merasai kesakitan, malah menempatkan Indonesia dalam indentiti dan sejarah yang penuh darah dan kematian.
Dengan tindakan ini, mereka di dalam senario bahaya apabila terpaksa menghadapi perkembangan terkini di sebuah negara yang mungkin telah mengalami pengalaman paling mahal dan penuh ranjau dalam merevolusikan demokrasi di rantau ASEAN ini. Tindakan mereka ini juga dilihat sebagai, menafikan kemungkinan bagi mereka untuk bekerjasama dengan sebuah kerajaan yang benar-benar 'Moderate' dan demokratik. Itulah kerugian yang ditanggung oleh Indonesia, namun yang lebih rugi adalah dunia Barat. Mungkin penjelajahan dunia Barat untuk mencari sekutu baru daripada dunia Islam akan mengambil masa seribu tahun lagi? Mungkin juga.
Labels:




)

